Sunday

M O V E O N lah der, aku kan ada. hekhek

Move On.

 Tajuk blog minggu ini, apa aku nak cerita pun taktahu. Seminggu pikirin pasal ini. Lastly ada pun idea nak buat.

Move on sama maksud kalau dalam bahasa melayu teruskan melangkah. Rasanya kena kut dengan cerita sepupu aku ini. Nama dia Z, dia sayang sangat kekasih dia sampai sanggup tunggu dia sampai la kenal aku, bukan kata dia minat aku tapi lepas aku brainwash dia. Haha. Bukan brainwash yang negatif tapi cukup dia rasa rasional untuk teruskan hidup dia.

Kisahnya kekasih dia ini kata taknak sakitkan hati dia la taknak bagi dia harapan sangat la, so dia cakap kat sepupu aku ini yang dia ada orang lain tapi sepupu aku ini pun sangat la setia, serious setia sangat. Dia menunggu la, tak pandang perempuan lain pun. Sanggup buat benda yang aku dengar pun terkejut, sampai tahap macam itu dia sanggup padahal dia bukan anak orang kaya pun. (sebelum kawin semua sanggup -.- hehe). Tapi after aku nasihat dia, dengan kekasih dia pun macam dah tak layan dia, dia pun decide nak move on. Aku cakap kat dia “kalau betul Allah dah tentukan jodoh kau dengan dia, kau couple dengan perempuan lain pun nanti kau break jugak then kawin dengan dia. Jodoh kita taktahu.”

Bukan aku nak rosak kan fikiran dia tapi cuba kau fikir logik dan rasional la, ok memang sakit bila kita nak lupakan orang yang kita rasa kadang-kadang rasa tak mampu pun ada. Macam aku ini. Haha. Tapi bila kita dah sampai satu tahap bersedia nak lupa kan dia benda itu akan hilang sendiri. Bak kata orang “mencintai orang ambil masa sesaat je, tapi bila nak lupakan dia ambil masa seumur hidup.” Then, sekarang sepupu aku ini dah bahagia kut, takde pun text aku. Haha. Takpe la janji dia bahagia.


Move on, be strong inside, smile, look happy and act like there’s nothing wrong. 
Bila aku nak dapat anak buah ni :(

Friday

∞M E R A J U K, rindu rindu kan lah diri ku.



Kerna Keropok KK Ku Merajuk
Tajuk ni baru betul title post acah je tuh. heh


Cita cita nak jadi model tapi tak dapat. bhahah

eyes like father like daughter.

Aku pernah menetap dekat Sabah selama 3 tahun sebab ayah aku TUDM dan kena transfer ke sana. Betapa aku nak sangat pergi balik sabah, nak tengok sekolah rendah, sekolah agama. Rindu sangat. Tapi mak aku kata sekolah aku maybe dah kena roboh. Hmm :(  

Dah topik lain dah lain ni. hekhek

Kisah nya merajuk aku bermula masa aku darjah 1(2001) dan pergi bercuti dekat Kota Kinabalu satu keluarga. Seronok sangat. Bercuti 3 hari 3 malam. Macam macam pengalaman dapat, dapat jumpa matsaleh, pergi taman bunga dan paling seronok duduk dekat hotel. Haha Aku merajuk bermula dengan sebab tak dapat keropok sebab keropok itu pun sebenarnya dah habis tapi nak jugak, biasa la budak-budak kan. Merajuk ini la yang paling aku ingat, tak tahu kenapa. Maybe too extreme kut merajuk time itu. haha Merajuk sampai mak dan ayah aku pun tak nak layan aku dah, nak tangkap gambar pun aku duduk tepi. Ada gambar tu tapi tak tahu kat mana dah. Memang bila tengok balik gambar itu rasa macam bodoh je. haha

Biasa la pengalaman masa kecil. No life la kalau korang takda pengalaman yang bila ingat balik rasa macam nak bunuh diri. yeahh haha arghh malu nyee ><

Ini sahaja dari aku maicomel ^^. Assalamualaikum.


Monday

∞K E H I L A N G A N



Kau pergi jua // Iamneeta&NajwaLatif
Kau pergi jua..
Dari hidup ku..
Kini sendiri..
Di hari-hariku..

Pulang ke dakapanku..
Aku ingin kau slalu nya disini..
Hanya hadir mu bisa melenyapkan segala sunyi di sini

Pulang ke dakapanku..
Aku ingin kau selalunya disini
Hanya hadirmu bisa menyatukan masa kita berdua

Pulang le dakapanku..
Aku ingin kau selalunya di sini
Hanya hadir mu bisa melenyapkan segala sunyi di sini

Kau pergi jua..
Kau pergi jua..
Kini sendiri di hari-hariku..
Kini sendiri di hari-hariku..


Rasa sayang dan cinta susah kita nak kekal kalau hati senang berubah.  Tapi wa tara kesah, life must goes on. Manusia tak pernah cukup, mungkin salah aku. Mungkin orang yang baca tak paham apa aku rasa, maybe lagi bagus macam itu.

MEET MY VVIP


roomates KMP

Rindu memang la rindu tapi masing-masing ada komitmen. Tunggu masa sesuai yang sesuai baru dapat jumpa. Suatu hari nanti.

Cinta jangan engkau pergi, jauh dari diri ku lagi. I wanna be with you. You always in my heart.
Jodoh dan maut di tangan tuhan. 

∞C E R I T A C I N T A K U


Assalamualaikum.

Tentang Nur Maisarah Dzulkarnail.



Anak ke 5 dari lima adik beradik. Tak manja macam orang fikir sebab mak dan ayah saya tentera, TUDM. Ayah sangat la garang, dia tak suka anak dia lemah lembut. Jadi, saya rasa saya tak minat perempuan yang lembut dan lemah lembut, saya penat ada la tengok perempuan lemah lemah ini. Letih. Ramai cakap saya ini kasar, dan pernah dapat nama panggilan ‘ tomboy ‘. Haha masa kecil je la. 

Perjalanan hidup saya, dari sekolah tingkatan 1 kelas paling tidak pandai. Alhamdulillah sekarang dekat UKM. Siapa kata orang bodoh tak boleh berjaya, " Hendak seribu daya, taknak seribu dalih." Tapi hidup saya belum berjaya lagi. Belum kaya lagi. Biar la orang nak kata saya ni mata duitan ke apa, duit saya untuk saya dan keluarga saya. Dan future husband, maybe? Jodoh rahsia Allah.


Ini adik beradik saya. Perempuan(27) lelaki(25) perempuan(23) lelaki(21) perempuan(20). Cantikkkk . haha. Saya sangat la tak sabar nak dapat anak buah. Tapi kakak saya tak ada jodoh. Maybe belum jodoh dia. Pasrah. Haha. Saya sayang mereka dan takkan berhenti menyayangi. Bak kata pepatah 'air dicincang takkan putus.' Kalau gaduh pun, esok esok dah ok dah sebab kami akan tolong menolong. Akhir adik kata " baik korang kawin cepat, jangan sampai adik yang kawin dulu." haha



Meet my parents, Md. Dzulkarnail Bin Zainal Abidin ♥ Alawiah Binti Abdul Aziz. Saya sayang mereka sangat sangat. Saya belum sedia kehilangan dorang, takkan bersedia. Jadi Ya Allah tolong jangan tarik mereka dari saya. just im really not ready yet. Seriously. Ayah sangat garang dulu, Kenapa dia nak marah pun tak tahu la. Tapi bila anak dah besar dia pulak jadi macam budak budak, merajuk, melepak sana sini. haha.